hari ke-4, Pulau Manukan time!!!
excited giler nak g pulau ngan family kita taw..selalu dengar orang bercerita pulau dia cantik, air dia jernih sangat, ikan dia warna warni jinak pulak tu, kalau snorkle memang best sgt. haa..am coming bebeh, dari hotel mandi2 jap, breakfast, pakai tracksuit ngan selipar, masuk kereta, jalannn..malas nak pakai cantik2 bagai sgt bila g pulau ni sbb g sana nak mandi laut nak snorkling nak berehat dan menikmati keindahan alam semulajadi pulau kat situ okay hihi ..
saya dan husben decide ambik 1 pulau aje iaitu Pulau Manukan itupun hasil bacaan dan cadangan org dari blog dan kaunter tiket bot, kata mereka inilah antara pulau tarikan pelancong yg paling cantik, luas dan banyak ikan selain pulau sapi tapi pulau sapi kecil dan sempit (mmg pon bila tengok sendiri masa naik bot masa tu, mak aihh mat saleh ramai betul kat pulau tu sesak sgt sampai kat pesisir pantai..idak ler). sampai kat pulau tu nanti adalah orang yg akan offer aktiviti sukan air spt jet skiing, snorkeling, aquatic flying fish, banana boat dan parasailing (hah pilih aje). saya cuma bersnorkling snorkling ajer..sewa goggle dan life jacket pun murah jer kat pulau cuma RM10 setiap satu.
Hari ke-4 (26.6.14)
<Kota Kinabalu>
~Pulau Manukan~
Taman Tunku Abdul Rahman Marine Park
kaunter tiket-boleh pilih yg mana bagi tiket murah, kena rajin survey dari satu kaunter ke satu kaunter (yg paling Penting TANYA okay) |
kaunter No.5-Borneo Ferry Tours & Travel, en hasben dapat murah hihi |
Reception Counter-Penyambut tetamu dia murah senyuman hihi |
~Pasar Malam Ikan Todak~
bersebelahan Pasar Besar KK berdekatan Pasar Sinsuran
Gerai Jumbah & Keluarga-mmg gerai terbaik dan murah (thumbsUp!) |
Udang Masak Sambal |
Sotong Masak Tepung |
Udang Kara-mahal, takpelah amik gambar ajelah |
-Dobi time!
Maxi Clean Laundry-RM8/1kg, pilihan saya akhir sekali sebelum balik esok, cuci baju2 kotor dulu sbb balik rumah nanti taknak basuh baju tinggi macam bukit |
belum tamat lagi lah..nak tau mana saya nak pergi esoknya sebelum saya balik semenanjung, tunggu Part 4 plak yea..selamat malam Zzzz
No comments:
Post a Comment
apa saja komen yg ikhlas dari hati ;)