31/07/2014

Pahang: LIS NA REE Beach Resort Cherating (Julai 2014)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal 'Aidin Wal Faizin ^_^

Raya ke-2, saya already decide pergi ke Cherating ngan family. Raya pertama pula saya dan husben dah berjaya menghabiskan raya kat kampung halaman masing masing tanpa ikut giliran hihi, macam nilah tiap2 tahun..yelah masing2 kg dekat ajer cam saya org klang, husben org KL so malam dah boleh balik rumah sendiri. Tido2 tak mainlah, dah tak thrill dah, feel excited cuma malam raya dgn raya pertama only heheheh..

okeh, saya tau Lis Na Ree ni melalui blog. Saya suka tempat ni sbb gambar2 yg ada dlm blog yg saya baca tu menarik perhatian saya dan nampak sesuai utk bawa anak pergi bercuti. Jadi sbb tulah kami sama2 setuju nak cuba tempat ni pula..saya call utk booking 2 minggu sebelum raya, saya pilih chalet standard yg betul2 menghadap kolam mandi jadi saya bawa comforter/bantal/selimut sendiri utk en husben, katil queen saya dan anak perempuan saya yg konker heheheh walaupun standard room bilik dia luas dan boleh masuk lebih dari 5 org tapi itupun kalau nak save bajet (kena lah berhimpit sikit janji ada tempat tido) walau apapong pilihan semua terletak di tangan anda anda anda :))



Lis Na Ree Beach Resort
Lot 2615, KM 32 Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan
bersebelahan dengan Kg Sg Ular


Standard Room :
(RM120.00 / 1 mlm) without breakfast sbb cuti raya
harga pula utk public holiday @ perayaan only
  • 1 katil queen
  • tv 14" pesen lama(saya punyer dpt channel tv1 & tv3 jer yea takdop astro 
  • electric cattle - 1
  • jug plastik - 1
  • gelas - 3  
  • almari 
  • aircond no kipas  
  • heater - pressure air bolehlah
  • plug extension ada banyak kat dinding 
  • bilik air luas (shower/1 timba/1 gayung)

lupa nak habaq, kalau nak pergi pantai kena jalan kaki sikit dan ada banyak ketam yg sederhana besar dan kecil nak tau kat mana ada ketam bila tengok lantai pasir tu berlubang sana sini hah tu adalah dia (bila dudok tu jaga2 jangan sampai kena cuit ngan pak tam ye hihi..walaupun resort ni terletak di tepi pantai tapi takdalah betul2 berhadapan, only kolam jer yg hanya beberapa langkah kaki dari chalet and then dah boleh gedebushh! cam saya ngan family peduli apa ketam mak tam kami terjun juga siap main layang2 mmg terbaek lah..release tension jap fuhh~

selebihnya awak semua boleh tengok kat gambar yg saya attached tu walaupun tak banyak tapi harap cukuplah dapat membantu sedikit sebanyak dari segi info atau kalau nak tau dgn lebih lanjut lagi kol ajer no dibawah hiiii..



itu opis-reception counter dan restoran


kolam betul2 depan chalet, bukak pintu dah nampak. senang nak pantau anak
bila mandi (kolam besar dalam, kolam kecil cetek)


hihi saya bawak dapur sendiri sbb senang nak masak maggi ngan sardin, tau ajerlah
lepas mandi mesti perut lapar sgt sampai tak sempat nak keluar cari makan


lari lari pun best sbb takdak batu2 kecik..tak sakit kaki
air surut masa ni, pantai bersih, angin pon segar
nampak tak rumah yg  merah bata tu..ha tulah Lis Na Ree, jalan kaki
kat belakang resort tu jer dah sampai pantai
petang2 takdak buat apa, pergi cari keropok lekor

last but not least, pandangan saya secara keseluruhan setelah beberapa hari menginap di Lis Na Ree ialah tempatnya CANTIK tapi TIDAK TERURUS hanya dijaga secara ala kadar saja. tak silap saya masa saya tengah google google, ternampak dlm Mudah.com yg resort ni hendak dijual dgn harga berjuta..cer tengok so agaknya sbb tulah owner dia macam tak berapa hiraukan tempat ni lagi, sayang! 









1 comment:

apa saja komen yg ikhlas dari hati ;)