13/05/2014

Lawatan tak rasmi saya ke KLIA2 ~ Part 1


ahad baru ni 11.5, saya ajak hasben dan anak saya pergi buat lawatan tak rasmi ke klia2.  teringin nak tengok dan merasai suasana tempat baru tu seperti yg diwar warkan semua org sebelum ni.  so dari tempat saya damansara ambil masa 30 minit je, pergi balik tol rm14.80/7.40sehala pejam mata jelah walaupun dlm hati kata rugi sbb semata2 nak tengok2 tempat aje hmm.

klia2 jalan dia sama sehala ke klia lama, selepas lorong LCCT (jgn masuk situ tau) tu nanti atas sikit ada signboard di bahu kiri jalan menunjukkan anak panah hala ke klia2.  atas lagi ada signboard yg highway plus sediakan utk ambil sebelah kiri naik ke bridge menghala ke klia2. so dari jambatan tu dah nampak klia2 yg tersergam putih ala2 suci bersih gitu dan canggih.  jalan yg agak mengelirukan kerana bersimpang siur, jgn risau ikut jer papan tanda dah tentu anda tak sesat.

ok cari punya cari parking yg terlindung semuanya penuh, taknak pening2 kepala pusing banyak kali teruslah hasben saya naik park kat rooftop yg tak berbumbung (kalau hujan jenuh kita basah, jadi sediakan payung sebelum jemuran turun ekekek)

klia2 ni teramatlah luas kawasannya, saya penat jalan kat dlm tu..sempat tengok domestic area je tapi international tak sempat sebab dah letih.  hmm makan kat mcd kau rm55/3org + 1 set toy, so paham2 ajelah kat tempat camgini.  jadi iktibar utk org cam saya, bawalah bekal kalau lapar hahaha.

belum habis lagi sebenarnya, nanti saya sambung lagi.  saya nak tunjuk ada satu tempat tu makan set lunch dia murah rm5.90/set punyalah ramai org beratur panjang, tempat lain langsung tak ramai org.

Carpark A (rooftop),
digalakkan anda carilah yg berbumbung
mengelakkan basah kuyup jika hujan dan berlindung dikala panas 
Pintu Keluar Carpark A, Carpark B sebelah lain
tengah tunggu lif
inilah level tempat parking saya, snap gambo sbb takut lupa park keta kat mana nanti hihi
siapa nak turun naik klia ekspress kat sini central dia..terletak dlm shopping area klia2 level CP4
kaunter tiket. rm35 dewasa, rm30 kanak2
masuk dari entrance welkem klia2 terus nampak ni, kalau tak tau mana nak tuju nampak tak pekerja yg pegang
papan tanda ? tanya jer kat dia kira2nya dia ni mmg serba tau dlm kawasan klia2 nilah dont worry atau anda boleh juga bertanya kat reception counter yg disediakan disana okay..
salah satu kreativiti lukisan dinding di klia2, cantik ugak utk bergambar hihi
salah satu kawasan utk international boarding
nak senang rujuk kat sini setiap huruf mewakili syarikat penerbangan, so ikut anda guna perkhidmatan syarikat
yg mana satu..tak tau juga tanya kat reception counter contohnya airasia huruf  S & T, malindo huruf apa dll.
haa itu ke arah check in domestik air asia dan malindo
FOC, self check-in utk tau boarding gate tak dikenakan sebarang bayaran
nanti mesin ni print out kan utk anda (kalau rosak atau tak keluar paper, boleh tanya kat pekerja air asia yg
pakai seragam hitam di kawasan tu
utk rujukan kita yg nak berlepas dan terlepas hahaha
ini pula tempat drop luggage utk domestik air asia
(sian akak tu letih sgt muka dia nak jawab pertanyaan org ni huhu)
sunyi jer..yelah terbang dlm negara tak seramai kat international check-in
salah satu pemandangan klia2 dari arah KFC, kalau anda nak tau sambil kita makan2 fastfood mcm
kfc atau mcd kita boleh hirup udara kat luar sambil tengok kapal terobang 
seperti ini, kawasan yg saya lihat ni dari arah KFC bahagian luar
boarding gate utk domestik




ambil feels jap..ala2 nak terbang gitu uhuk
sempat lak si gegirl saya ni buat cartwheel

No comments:

Post a Comment

apa saja komen yg ikhlas dari hati ;)