22/07/2014

Sabah: Ranau~Kota Kinabalu (Jun 2014) - Part 2

Sambungan dari Part 1 spt yg dijanjikan..

masuk hari ke-3, selepas check out dari JResidence dan sebelum pulang ke KK saya dan keluarga singgah berendam air panas di Poring Hot Spring, mengatasi ketakutan di Canopy Walk dan menahan geli digigit ikan di Tagal Sg Moroli.  Bila lapar kami berhenti sebentar utk makan tengahari di Kg Lohan satu-satunya perkampungan Islam yg bersebelahan Kg Poring yg penduduknya kebanyakan beragama Kristian.

oh lagi satu! jangan lupa cuba makan 'Tapai' di Kg Lohan home made yea rasanya yg superb natural without acid makan sampai berbungkus bungkus pon selamba tak sakit perut atau batuk, lagi pulak kakak tu baru keluarkan dari peti sejuk fuhh mmg delicious..kata kakak tu style dia masak dgn beras pulut sama juga macam kat semenanjung (cuma bezanya beras tu beras bukit) tapi apapon rasa tapai tu saya boleh kategorikan The Best Tapai in Malaysia. Harga pulak RM1.00 saja mmg murah sesangat dan berbaloi baloi bila makan taw hihi..
'Tapai' 
Sri Lohan (ini tempat makan tengahari saya),
kedai yg jual tapai tu sebelah kanan selang satu pintu coklat tu ada kedai haa yg tulah (tak sempat amik gambar sbb pikir lapar jer masa tu hui hui) 

Okeh, sebelum sampai ke bandar pula kami singgah ke Rumah Terbalik ingat selepas lawatan tu kami juga nak ke Jambatan Tamparuli tapi memandangkan cuaca teramat panas membuatkan kami putuskan terus checkin ke hotel. kami duduk di hotel yg sama pada hari pertama kami sampai sbb hotel tu selesa tapi kali ini kami menginap utk 3hari 2malam (arghh ada pepijat kat katil!) terus saya call room service tukar cadar..and then baru lega fuhh...

Perancangan seterusnya, pergi ke Manukan Island..nanti saya ceritakan pada entry berikutnya di Part 3.
Tungguuuu........

Hari Ke-3 (25.6.14)
<Ranau>

~Poring Hot Spring~
dibawah pengurusan Kinabalu Park, terletak 13km dari Pekan Ranau
40km dari Kinabalu Park

Pemeriksaan Tiket Masuk-beli tiket di pagar yg mula2 masuk ke tempat ni tau, bukan disini
sbb ini tempat check tiket ajer yea
haa ini tempat check tiket tu yea..yg tempat beli tiket tu tak ambik gambar
tempatnya mcm pondok pak guard biasa jer kay :)






lepas dah check tiket..kita kena jalan kaki masuk ke dalam sikit
baru sampai ke kolam air panas dan juga tempat2 yg lain
pemandangan dari jambatan selepas kaunter check tiket
tak tau lah boleh mandi ke tak sbb air sungai dia putih mcm ada sulfur
Surau-disediakan utk org muslim
Rainforest Restaurant-kalau lapar bolehlah singgap makan kat restoran yg disediakan
memang khas utk pengunjung yg datang ke Poring ni (tapi saya tak singgah sbb tengok cam restoran cina jer deko dia)

satu-satunya kedai runcit yg menjual makanan ringan utk pengunjung juga

-Rock Pool

airnya sejuk tak panas, lifeguard standby sepanjang masa sbb kolam ni ada paras yg dalam
(tak sesuai utk kanak2 yg tak pandai berenang atau tanpa pengawasan org dewasa)
salah satu kolam air panas yg disediakan sebelah luar
Inilah tempatnya, anda semua boleh pilih mana2 kolam air panas, tapi 1st come 1st serve okay
kolamnya pon kecil2 aje tak besar


sowy wak..lupa nak amik gambar slide cuma price rate jer kita amik huaa..

-Private Tub
Kaunter Bilik Mandi Tertutup & Loker-bayar disini kalau nak yg private tub kay
bayaran mengikut per hour
ikut anda nak yg camna boleh pilih deluxe atau standard (saya pilih deluxe cuma RM20/sejam) sbb bilik dia lebih besar dan ada private toilet sekali
check price kat sini yea
Rafflesia-nama bilik yg saya pilih utk private tub lengkap dgn 2 bangku panjang utk duduk
dan toilet (memang selesa..best sgt)

~Poring CanopyWalk~

Taman Kupu-kupu Poring-itu kaunter dia yea, kalau kaunter tiket utk canopy walk atas lagi


Enter & Exit Way-Canopy Walk (nampak tak nun belakang saya tu)
bermulanya jalan masuk ke canopy walk, bersedialah utk org yg takda stamina cam saya
memang sesak nafas sgt (boleh pengsan)
semakin lama semakin tinggi pendakianku huhu..
batang pokok yg jadi tarikan pelancong utk bergambar,
tak tau apa yg special sgt ngan pokok nih kat saya hmm..
akhirnya, sampai dgn nafas yg hampir putus, kamera atau video kena charge
kalau nak ambil utk kenang kenangan tak silap antara RM5-10
peace!!! kat sini pon jadilah amik gambo, sbb kat atas tu kena bayar hihi
ni amik gambar curi2 kih kih kih...masa tu nyorok belakang batang pokok yg besar

~Tagal, Sg Moroli~
Kg. Luanti Baru, Ranau



kemestian heh heh heh..kita amik gambo dulu




haa...idaklah saya berani nak wat camni (tangan tu kasi rendam sambil genggam makanan ikan)
bosar bosar cam gitu nak suruh saya rendam kaki..arkkk tidak tidak..
tapi mmg ikan tu sendiri pon taknak makan sel sel kulit mati kat kaki i, i oso dono y?



<Kota Kinabalu>

~Rumah Terbalik/Upside down House~
Kg. Telibong, Batu 21, Jalan TelibongTamparuli
Tuaran





out tour guide of the day (special kan dia pakai kain batik)
kalo betul2 ate berani ke kome dok bawah ni hahaha

menu yg disediakan di cafe rumah terbalik
boleh juga duduk kat luar cafe, minum2 dan makan2 sambil tengok rumah terbalik dari luar

~Air Pancut Berirama~
Perdana Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu

lebih kurang cam kat kg klcc tapi yg ni diiringi lagu, ada 4 sesi dan tengok persembahan air pancut berirama ni percuma jer cuma bayar utk park kereta RM1.00 (okay sesangat kan) rasa takda buat apaa2 malam bila kat sana..pergilah duduk2 sambil berhibur sikit


~Anjung Senja Food Court~
Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu 
berdekatan Pasar Sinsuran

kedai No.10-makan kat sini sbb ada org rekomen kata sedap tapi pada saya sekeluarga
tak sedap, service makan lambat dan makanan dah sejuk (patutlah takda org sgt)

sotong masak butter (sejuk, sikit dan mahal RM16.00)
banana chocolate cheese (tak taulah nama betul dia..lupa la wak)
RM4.00 rasanya bolehlah sbb dah sejuk tu yg tak berapa nak habis makan time tu
Nestum Ice-yg ni jer saya boleh bagi kredit, sbb dia sejuk dan ada nestum
saya suka :)

No comments:

Post a Comment

apa saja komen yg ikhlas dari hati ;)